“Bayar MUA Mahal” - Hasil Makeup Tak Memuaskan Wanita Ini Cetus Perdebatan Netizen
Nasib akak ni tetap kuat dan tabah.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sudah menjadi kewajiban bagi setiap pengantin perempuan untuk berhias supaya tampil lebih cantik semasa hari pernikahan
Oleh sebab itu, ramai yang mengambil inisiatif untuk mengupah makeup artist (MUA) semasa hari pernikahan. Dengan niat, kita boleh tampil lebih cantik, anggun dan naik seri dengan sentuhan MUA.
Namun begitu, bukan semua orang bernasib baik seperti apa yang terjadi dengan wanita ini dalam video TikTok apabila makeupnya tidak memuaskan telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kecewa hasil makeup tak naikkan seri wajah
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pengantin perempuan sedang merakam dirinya sambil menunjukkan hasil makeup MUAnya.
Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila hasil tangan MUA itu tidak menaikkan seri wajahnya. Tambahan lagi, bulu mata yang dipakai kelihatan tidak sekata dan seperti mahu tercabut.
Dia tetap kuat tabah dan tidak menyalahkan sesiapa selepas kejadian itu.. Malah, dia juga memesan agar netizen di luar berhenti untuk mengecam MUAnya.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Awak cantik tapi kenapa mak andam tu makeup macam tu" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 746K tontonan, 11K tanda suka, 900 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi.
Malah, ramai yang baik hati untuk menawarkan wanita itu makeup percuma.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!