seismik

[VIDEO] Mengaku Pernah Satu Sekolah, Wanita Kongsi Beza Umur Dengan Ayah Baru Cuma 3 Tahun

Biar betul?

Cover image via @loyssss1 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Sudah menjadi impian semua orang untuk mendirikan rumah tangga yang kukuh sehingga akhir hayat

Namun, kadangkala rezeki tidak memihak kepada kita. Sehingga ada pasangan yang terpaksa berpisah kerana tidak bersefahaman. Adalah sangat sulit untuk si anak menerima keadaan semasa dan cuba memahami hal-hal orang dewasa.

Tetapi, semakin membesar sudah pasti si anak akan memahaminya dengan tersendiri. Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang wanita teruja mendapat ayah baru yang hanya beza 3 tahun telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@loyssss1

Selamat pengantin baru mak.

umbrella slowed - xxtristanxo

Pernah satu sekolah rendah dengan ayah baru

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang menghadiri acara akad nikah ibunya bersama ayah tirinya di sebuah masjid. 

Wanita itu juga berkongsi umur ibunya ialah 44 tahun manakala ayahnya baru berumur 29 tahun. Apa yang lebih menarik perhatian adalah wanita itu pernah sama sekolah rendah dengan ayah tirinya. 

Apabila ditanya netizen tentang bagaimana penerimaannya, wanita itu mengaku susah juga pada awalnya. Tetapi dia hanya ingin melihat ibunya bahagia. 

Lihat video sambungan itu di bawah:

@loyssss1

Reply to @chachaycb26 done review harap tk masok fyp mak kemain anak dia viral hahahahha

original sound - - Dianaa95

"Kalau dah jodoh tak kemana, perancangan Allah tak ada siapa tahu, semoga kekal till jannah" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 4.5M tontonan, 239K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lepas ini kena respect ayah, jangan buat macam kawan pula! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: