seismik

"Panggil Bomba" - Puting Tersangkut Dekat Kaki, Reaksi Lucu Bayi Ini Buat Ramai Terhibur

Comel betul!

Cover image via @mommyan14 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Memiliki anak kecil sudah pasti akan membuatkan suasana rumah lebih meriah dan riuh

Iyalah, perangai mereka yang panjang akal itu memang sangat menggeramkan. Kadangkala, ada saja gelagat mereka yang lucu sehingga boleh menghiburkan orang ramai. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang bayi dilihat keliru dengan putingnya yang tersangkut telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@mommyan14

macam mana nak buat ni? auntie uncle boleh tolong firash tak

GOOD BOY X DANCE MANCING - Rian.A

Pelik kenapa puting asyik terjatuh walaupun kepala dah didekatkan

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang bayi sedang menghisap puting getah sambil aksinya dirakam oleh ibunya. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila si bayi dilihat struggle untuk mengambil dan menghisap putingnya itu. Dia kelihatan sangat keliru dan pelik dengan putingnya yang asyik jatuh walaupun sudah beberapa kali dicapai dan didekatkan kepalanya. 

Rupa-rupanya, kakinya tertindih rantai puting sehinggakan putingnya tersangkut lalu tidak dapat mencapainya. 

Lihat video sambungan itu di bawah:

@mommyan14

Reply to @ernaaziz5346 part 2 xda sis..cara lain ada‍

original sound - anisumar - anisumar

"Dik kecik-kecik dah ada masalah, kau kena tahu semakin besar semakin banyak masalah yang kau kena hadap" - Netizen

Susualn tularnya video itu yang kini meraih sehingga 138K tontonan, 6K tanda suka dan 200 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat lucu bayi itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduh, kelakarlah dik. Kaki itu jadi punca! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: