seismik

"Dari Neraka" - Tinggalkan Kencing Dalam Botol, Penyewa Pengotor Ini Terpaksa Dihalau

Sumpah geli!

Cover image via @amirulrizalmaruhan (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap tuan rumah yang menyewakan rumah pasti mengharapkan rumahnya dijaga dengan baik oleh penyewa

Iyalah, bukan senang nak menjaga keadaan rumah seperti yang asal jika sudah disewakan kepada orang. Tambahan lagi, kalau dapat penyewa dari 'neraka'.

Sama seperti video yang tular sebuah video di TikTok apabila seroang tuan rumah mengadu rumah sewanya kotor telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Keadaan bilik tunggang langgang, siap ada sisa makanan dan kencing dalam botol

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang tuan rumah sedang merakam keadaan bilik yang disewakan kepada penyewa. 

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila dia mendapati bilik itu sangat kotor dan busuk. Bilik itu dilihat sangat bersepah dengan pelbagai sampah.

Bukan setakat itu, malah ada sisa makanan seperti tulang ikan atas pinggan. Tuan rumah juga mendapati terdapat botol air yang dipenuhi dengan kencing manusia. 

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Aku pelik lah macam mana orang boleh hidup macam ni, dah lah duduk rumah orang" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih 69K tontonan, 2K tanda suka dan 600 komen di TikTok, rata-rata netizen turut merasa pelik dengan perangai penyewa itu. Malah, ramai yang memberikan pelbagai reaksi. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tengok pun dah geli apa lagi nak duduk dalam tu! :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: