seismik

"Lama Tak Merasa" - Abang Rider Seronok Main Buaian, Komen Netizen Pula Menghiburkan

"Happy panda" - Netizen

Cover image via @jamielau7 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dengan pelbagai kemudahan yang ada sekarang, kita boleh saja memesan makanan melalui aplikasi secara dalam talian

Perkara itu bukan saja menjimatkan masa dan tenaga, malah ia memang terbukti sangat memudahkan kerana makanan dihantar di depan pintu rumah anda.

Rider ditugaskan untuk menghantar makanan yang telah dipesan oleh pelanggan. Banyak cabaran yang perlu diharungi mereka sebenarnya.

Namun baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang abang rider main buaian di taman permainan telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Seronok main buai, mood terus jadi happy

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan rider foodpanda sedang melepak di taman permainan sambil menunggu pesanan daripada pelanggan.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila salah seorang rider dilihat bermain buaian dengan seronoknya. Dia kelihatan seperti kanak-kanak riang yang lama tidak bermain buaian. Rakan-rakannya yang lain hanya tergelak sambil merakam aksi lucu itu.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Patutlah makanan aku lambat sampai, oh ni rupanya" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 70K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat rider itu. 

Malah, ramai yang memberikan reaksi lucu di ruangan komen untuk saja kenakan rider itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Seronok betul tengok abang rider tu happy, stres agaknya! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: