"Terpaksa Pisahkan" - Gelagat Dua Sepupu Gaduh Bila Balik Kampung Buat Ramai Boleh Relate
Macam kucing dengan anjing!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bila balik ke kampung, sudah pasti suasana menjadi lebih riuh dan kecoh dengan keriangan anak-anak buah
Gelak tawa dan tangisan mereka memang membuatkan suasana di kampung semakin meriah. Momen-momen indah bersama keluarga semestinya tidak dapat dilupakan.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila dua orang sepupu bergaduh sampai tidak mahu berhenti apabila bertemu di kampung telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Geram sampai asyik bergaduh selagi boleh
Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga sedang berada di kampung untuk meluangkan masa.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dua orang budak lelaki yang merupakan sepupu itu bergaduh sakan. Mereka dilihat saling tolak menolak dan pukul memukul tanda tidak puas hati. Akhirnya, pergaduhan itu terpaksa dileraikan oleh atuk dan nenek mereka.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Selagi tak sentuh, selagi tu tak puas hati" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 971K tontonan, 70K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan mereka. Malah, ramai yang boleh relate dengan situasi tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!