[VIDEO] Lelaki Tanggal 'Nose Strips' Di Hidung, Gaya Tahan Sakit Pula Undang Tawa Netizen
Aduh, nampak dah lubang hidung!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Penjagaan muka tidak lagi terhad kepada kaum perempuan saja, kaum lelaki juga perlu menjaga kebersihan wajahnya
Oleh sebab itu, ramai yang mula menjaga wajah mereka tidak kira kaum lelaki dan perempuan dengan memakai skincare. Dengan memakai penjagaan muka yang basic, wajah akan tampil lebih bersih dan berseri.
Sama juga dengan video lelaki yang tular di TikTok apabila dia memakai nose strips, tapi gayanya pula lucu dan mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tahan sakit sampai tak pedulikan gaya muka semasa tarik 'nose strips'
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang menggunakan nose strips untuk membersihkan pori-pori hidungnya daripada blackheads dan whiteheads.
Apa yang lebih melucukan adalah apabila gaya dia semasa menarik nose strips itu. Lelaki itu dilihat sedang menahan kesakitan semasa menanggalkan pelekat dari hidungnya.
Dia juga tidak mempedulikan rupa dan gaya mukanya yang menunjukkan lubang hidung dalam rakaman video.
"Lawaklah, nak pause screenshot jadikan sticker" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 4.2M tontonan, 112K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gaya lelaki itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!