seismik

"Cabut Nombor Plat Kereta" - Tindakan Lelaki Ini Selepas Dilanggar Buat Ramai Terkejut

Lain macam betul!

Cover image via @redzwanshah (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebagai pengguna jalan raya, kita seharusnya berhati-hati ketika memandu kereta atau menunggang motosikal

Perkara tersebut adalah untuk menjaga keselamatan seluruh pengguna jalan raya. Namun, tidak dinafikan ada saja kecuaian yang berlaku semasa berada di jalan raya seperti kemalangan. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila kereta seorang lelaki dilanggar namun tindakannya mengejutkan ramai telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@redzwanshah

haihhhhh kawan kawan aku ni pun .... baran tak bertempat la

original sound - RedzwanJanda - RedzwanJanda

Selamba cabut nombor plat kereta selepas dilanggar

Menerusi video berkenaan, kelihatan sedang berlakunya kesesakan jalan raya di tempat yang tidak dikenal pasti.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila seorang lelaki yang memandu kereta Myvi itu turun untuk melihat keadaan keretanya selepas dilanggar.Lebih mengejutkan lagi adalah apabila lelaki itu bertindak untuk mencabut nombor plat yang melanggar keretanya itu.

"Bila kau lemah dalam bab menghafal" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.3M tontonan, 215K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Allahu bang, nasib tak cabut bonet kereta tu sekali! :')

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: