seismik

"Londeh Seluar" - Kambing Ingin Bermanja Sambil Mengusik Tuannya Ini Jadi Bualan Netizen

Nakal ya kambing itu!

Cover image via @kambingyanganeh (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Setiap pencinta haiwan sudah tentu memelihara haiwan kesukaan mereka di rumah bukan?

Ada yang memelihara kucing, arnab dan banyak lagi haiwan lain. Bukan setakat itu, ada juga yang memelihara kambing dan meletakkannya di kandang. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang pemuda berdepan dengan kambingnya yang buat hal itu mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Saja nak bermanja, tarik seluar tuannya sehingga londeh

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang berada di kandang yang penuh dengan kambing peliharaannya. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila salah seekor kambingnya dilihat menarik seluar tuannya dengan mulut. Perkara itu menyebabkan seluar tuannya londeh. 

"Kau dah kenapa Kamaruddin, kau tengok dah londeh seluar aku. Nasib baik aku pakai seluar double, kalau tak satu dunia tengok", katanya. 

Lihat video sambungan itu di bawah: 

"Mungkin Kamaruddin nak pinjam seluar" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 995K tontonan, 62K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan kambing itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Comel betul bagi nama Kamaruddin dekat kambing! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: