[VIDEO] Kahwin Dengan Kawan Sendiri, Pengantin Kekok Masa Photoshoot Ini Raih Perhatian
Seboleh-boleh tak nak dekat!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Jodoh merupakan rahsia Tuhan yang kita tidak ketahui siapa orangnya
Boleh jadi orang yang kita tidak kenal, baru kenal ataupun sudah lama berkenalan seperti kawan baik sendiri. Ada yang berjodoh dengan rakan sendiri walaupun sudah lama kenal dan berkawan.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila pasangan pengantin yang merupakan kawan baik ini kekok semasa sesi penggambaran telah menarik perhatian.
Lihat video penuh itu di bawah:
Disuruh buat posing romantis tapi kekok pula
Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan pengantin itu sedang melakukan sesi penggambaran semasa majlis persandingan mereka.
Apa yang lebih melucukan adalah apabila jurugambar menyuruh mereka membuat gaya lebih romantis tetapi kedua-duanya kekok dan malu. Si isteri kelihatan sangat segan dan kaku semasa suaminya ingin mencium kepalanya.
"Tak boleh lah" - kata pengantin perempuan.
"Kahwin dengan bff macam kahwin dengan kawan sendiri, tak boleh la" -Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.9M tontonan, 200K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat pasangan itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!