seismik

"Haram" - PU Syed Beri Teguran Untuk Hentikan Trend Unboxing By Husband Selepas Pernikahan

Trend ini telah diikuti ramai sejak kebelakangan ini.

Cover image via TikTok

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sudah menjadi trend untuk membuat content 'unboxing by husband' di TikTok semenjak ini

Content tersebut memaparkan si suami menolong isterinya untuk membuka perhiasan yang dipakai setelah majlis perkahwinan selesai di depan cermin bilik masing-masing. 

Perkara itu menimbulkan pelbagai pertikaian dan persoalan daripada orang ramai sehingga menimbulkan kecaman ramai. 

Baru-baru ini, tular pesanan dan penjelasan daripada PU Syed tentang perkara yang berlaku ini di Instagram beliau.

Lihat posting penuh itu di bawah: 

PU Syed tampil memberi penjalasan tentang trend yang viral ini

Beliau memuat naik sebuah posting di Instagram yang menjelaskan mengapa trend ini dikatakan haram dan tidak patut dijadikan content.

"Unboxing wife, atau unboxing by husband satu lagi perkara bidaah dholalah yg sedang viral dan telah ramai dilakukan oleh pasangan pengantin muda di media sosial! Dedah aurat adalah HARAM, apatah lagi dedah aurat isteri kalian! Kalian boleh berbangga dan suka content² HARAM sebegitu semata² utk peroleh tontonan ramai!"

Menurut sumber, PU Syed turut mengatakan yang video seperti itu adalah mengarut.

“Isteri itu hak kita… jangan kita kongsikan pada orang lain kecantikan dia, kemanisan dia… semuanya untuk kita sebagai seorang suami.

“Kita ada sifat muda, sifat nak cuba belak tapi kena patuh juga dengan perintah Allah dan jangan sesekali buat begitu."

“Jangan buat perkara mengarut kerana ia tidak mendatangkan faedah kecuali fitnah semata-mata.”

Dalam pada itu, netizen juga memberikan pelbagai reaksi di ruangan komen posting berkenaan

"Bolehhla unboxing kain kapan nt klau berkesempatan" - Netizen

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Instagram:

Harap lepas ni tak ada yang nak buat video macam ni ya :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik