seismik

"Macam Tengah Main Game" - Aksi Lelaki Ini Bawa Motor Naik Bukit Raih Perhatian Netizen

Wah, dah macam nak terbang ni!

Cover image via @afieqapek (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pembelian barangan secara dalam talian sudah menjadi semakin popular kini

Iyalah, dapat memudahkan urusan seharian, menjimatkan masa dan tenaga. Semuanya ada di hujung jari. Pesanan yang telah dipesan sudah tentu akan dihantar oleh rider.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang lelaki menunggang motosikal naik bukit telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Bawa motor laju masa naik bukit serupa dalam game

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang menaiki motosikal untuk menghantar parcel ke rumah pelanggannya. 

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila jalan yang dilalui itu agak tinggi seperti bukit. Dia dengan konfiden dan yakin membawa motor naik bukit itu dengan laju. 

Mujur, dia selamat sampai ke atas jalan dan meneruskan perjalanannya. Aksi itu sempat dirakam oleh orang sekelilingnya. 

"Macam game phone aku dulu, lepas lompat nanti ada coin jangan lupa collect dengan tank petrol" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini merah sehingga 4M tontonan, 564K tanda suka dan 11K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Macam dalam game dah bang, apa-apa pun hati-hati bawa motor tu! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: