seismik

[VIDEO] Sakan Naik Ride, Lelaki Kecut Perut Sebab Gayat Ini Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

"Dia senget pula, bantuin Nabila" - katanya.

Cover image via @aliffhaikals (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Meluangkan masa bersama rakan atau keluarga di taman tema memang sangat menyeronokkan

Ditambah lagi kalau pergi dengan kawan-kawan yang berani, semua ride nak main. Ada juga dalam kalangan kawan kita yang penakut bukan? Ada yang gayat dan takut bila diajak main ride yang ada dalam taman tema. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang lelaki dilihat gelabah dan takut menaiki ride telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah: 

@aliffhaikals

Zaman belajar banyak kenangan. Aku gayat tp nak naik jgk. terpengaruh cerita indo dulu. Haha #kenangan #ibfc

original sound - Aliff Haikal - Aliff Haikal

Tak berhenti jerit 'bantuin Nabila Ya Allah' sebab gayat

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan pemuda sedang menaiki ride di taman tema yang tidak dikenal pasti tempatnya. 

Ride itu memerlukan pengunjung untuk menaiki ke dalam tren sambil mengayuh pedal yang disediakan.

Disebabkan tren itu mempunyai sedikit ketinggian, lelaki itu dilihat kecut perut sambil menjerit "Ya Allah, bantuin Nabila Ya Allah". 

Bukan setakat itu, dia juga menjerit "Dia senget pula Ya Allah" menandakan dia sangat takut dengan laluan tren yang menyenget itu. 

"Member depan tu confirm kejung perut tak larat nak gelak" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 646K tontonan, 58K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki itu. 

Malah, ramai yang memberikan pelbagai reaksi di ruangan komen. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Dia punya takut itu still boleh relax lagi kayuh bagi tren bergerak, kalau tak habislah semua penumpang :'D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: