seismik

"Dugaan Seorang Rider" - Status Penghantaran Dikejar Anjing Ini Buat Ramai Pecah Perut

Kesian rider.

Cover image via Harian Metro & @FawazAzuar (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pekerjaan sebagai rider sememangnya banyak cabaran yang perlu diharungi

Mereka perlu menghantar parcel ke rumah pelanggan dalam masa yang ditetapkan. Dalam masa yang sama, rider juga banyak menghadapi cabaran seperti dikejar anjing dan sebagainya. 

Sama seperti posting yang viral di Twitter yang memaparkan seorang rider membuat status penghantaran yang lucu telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Buat status penghantaran 'tak dijangka' dalam Shopee

Menerusi posting berkenaan, kelihatan seorang rider sedang menjalankan tugasnya untuk menghantar parcel ke rumah pelanggannya.

Apa yang melucukan adalah apabila rider itu dilihat mengemas kini status penghantaran dalam Shopee. Parcel berkenaan tidak sampai ke tangan pelanggan kerana rider itu dikejar anjing.

 "Kurir dikejar anjing" - status penghantaran dalam Shopee. 

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan mendapat 21.4K retweets, 815 quotes tweets dan 30K likes di Twitter

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ramai pula yang memberikan reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Aduh, inilah rupa-rupanya punca parcel lambat sampai! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: