seismik

"Tak Pasal-Pasal Kena Sondol" - Gadis Berlanggar Masa Main Ice Skating Buat Ramai Terhibur

Aduhai, lawaklah kak!

Cover image via @ur_uwais (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ramai dilihat telah melakukan aktiviti luar untuk meluangkan masa dengan rakan-rakan dan keluarga

Antara aktiviti yang kebiasaan dilakukan oleh para remaja sekarang adalah bermain go kart, wall climbing, karaoke, bermain laser battle dan macam-macam lagi. Kalau bermain dengan sekumpulan geng yang ramai mesti syok!

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang gadis dilihat berlanggar dengan orang yang tidak dikenali semasa bermain ice skating telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak sengaja 'sondol' stranger sebab hilang kawalan

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan geng lelaki sedang meluangkan masa mereka untuk bermain ice skating.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila mereka sedang asyik bermain, tiba-tiba seorang gadis dilihat meluncur ke arah salah seorang lelaki.

Lebih melucukan lagi apabila gadis itu hilang kawalan untuk berhenti sehingga dia berlanggar dengan lelaki yang tidak dikenali itu.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Mak dengan abah jumpa time tengah main ice skating nak" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.7M tontonan, 216K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat gadis itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, lawaklah lose control sampai terlanggar orang. Hm malunya! :'D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: