x

seismik

[VIDEO] Parcel Dicampak Abang Kurier, Voice Note Minta Maaf Pula Buat Netizen Terhibur

Dicampaknya sampai ke bumbung pula tu!

Cover image via @zoeysn_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Beli barangan secara dalam talian sudah pastinya menjadi kebiasaan terutamanya kepada penggemar online shopping

Bukan saja memudahkan, tetapi ia juga lebih murah dan lebih menjimatkan masa. Setiap barangan yang dibeli akan dihantar oleh abang kurier ke depan rumah. 

Namun begitu, tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang abang kurier tidak sengaja mencampakkan parcel ke atas bumbung rumah telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@zoeysn_

atlet kalo jadi kurir ya gini

original sound - itaaaaLf - lathifa

Disuruh lempar parcel, tetapi terbaling ke atas bumbung pula

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang abang kurier ingin menghantar parcel ke rumah pelanggannya. 

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila tuan rumah menggantungkan arahan di depan pagar. Tuan rumah pula menyarankan abang kurier untuk melemparkan parcel ke dalam rumah.

Tetapi apa yang lebih melucukan adalah apabila abang kurier tidak sengaja terbaling jauh sampai atas bumbung. Sebaik saja itu, dia terus meminta maaf dengan menghantar voice note kepada tuan rumah. 

Lihat video sambungan itu di bawah: 

"Ni dah jadi atlet lontar peluru ni" - Netizen

Susualn tularnya video itu yang kini meraih sehingga 35M tontonan, 2.8M tanda suka dan 31K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur mendengar voice note itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Adui kelakar lah, sampai panik dah abang kurier tu! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: