“Lain Pula Yang Dipukulnya” - Lelaki Main Golf Acah Profesional Ini Buat Ramai Terhibur
Gaya dah ada dah.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Aktiviti sukan sudah tentu dapat menyihatkan badan dan meningkatkan stamina kita
Kini, ramai dilihat mengambil inisiatif untuk bersukan tidak kira waktu siang atau malam. Ramai yang gemar bermain futsal, badminton, golf dan lain-lain.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki bermian golf tetapi lain pula jadinya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Baru mula nak buat pukulan, sekali habis semua bola golf digasak
Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan lelaki sedang meluangkan masa untuk bermain golf di padang golf.
Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila salah seorang lelaki itu dilihat baru nak mula membuat pukulan. Sedang asyik dia ingin mula bermain, dia tidak sengaja membuat pukulan ke atas bola-bola golf yang lain.
Perkara itu membuatkan rakan-rakannya gelak besar. Lebih melucukan lagi apabila salah seorang rakannya bertindak untuk mengutip bola golf yang berselerak itu.
"Prinsip abang tu mesti kalau bisa banyak, kenapa harus memilih satu" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.6M tontonan, 337K tanda suka dan 4K komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!