seismik

"Rembat Baju Kelawar" -Geng Lelaki Sempoi Pergi Mall Pakai Kain Pelikat Ini Raih Perhatian

Semua masuk air!

Cover image via @yiz___ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dalam kalangan kawan-kawan kita, sudah pasti ada segelintir yang kepala 'masuk air' bukan?

Iyalah, mereka ini akan membuat suasana menjadi lebih riuh dan kecoh. Tanpa kawan-kawan yang menghiburkan, sudah pasti keadaan menjadi sedikit bosan. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila sekumpulan geng lelaki pergi ke mall dengan memakai kain pelikat telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Semua pakat pakai kain pelikat, ada yang pakai baju kelawar

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan geng lelaki sedang berada di pusat beli-belah untuk menonton wayang.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila mereka semua berpakat untuk memakai kain pelikat untuk pergi menonton wayang. Malah, ada yang sempoi memakai baju kelawar.

"Cerita dia nk tengok wayang kt toppen , showtime jam 8:45 malam , tapi kitaorang masuk 9:40 malam", katanya.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Mak dia be like: mana baju kelawar aku nih, tadi macam aku sidai kat sini" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.5M tontonan, 172K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat geng itu. Malah, ramai yang memberikan pelbagai reaksi. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Best ada member masuk air ni, gelak je memanjang! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: