"Berat Semacam" - Pasangan Pengantin Dapat Hadiah Tong Gas Ini Buat Sekeluarga Gelak Sakan
Ingatkan orang tadi!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dinafikan, setiap pasangan pengantin pasti menerima pelbagai hadiah semasa majlis persandingan selesai
Ada yang menerima pelbagai barangan elektronik, barangan hiasan bilik dan pelbagai lagi. Namun, ada juga yang saja nak kenakan pasangan pengantin dengan memberi hadiah yang pelik.
Sama dengan video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila pasangan pengantin menerima hadiah yang berat telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sampai tiga orang kena angkut 'hadiah' untuk pengantin
Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan pengantin dan keluarga sedang meluangkan masa di ruang tamu rumah mereka.
Sedang asyik berbual, tiba-tiba datang tiga orang sepupunya yang membawa hadiah berat. Pasangan pengantin dilihat pelik dengan hadiah itu lalu pantas unboxing depan keluarga.
Rupa-rupanya, hadiah yang berat itu merupakan tong gas. Perkara itu membuatkan sekeluarga gelak sakan.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Mula-mula aku ingatkan badan manusia" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih 2.5M tontonan, 89K tanda suka dan 600 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan peristiwa itu. Malah, ramai yang memberikan pelbagai reaksi.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!