seismik

"Diserang Bau Petai" - Keluarga Ini Pelik Satu Rumah Bau Selama 2 Minggu, Rupa-Rupanya...

Hm, tak senang hidup!

Cover image via @indomigorengtelur (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ada sesetengah orang memang gemar suka makan petai, ditambah lagi dengan sambal, fuh!

Namun begitu, bukan semua orang boleh tahan dengan bau petai yang kuat. Sehinggakan ada yang tidak boleh makan petai sebab takut mulut berbau. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila sebuah keluarga diserang dengan bau petai selama dua minggu telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Satu rumah 'dihantui' bau petai gara-gara anak perempuan

Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan suami isteri sedang berada di dapur untuk membersihkan dan menghilangkan bau petai. 

Menurut isterinya, dia hidang petai untuk dimakan. Tetapi masih ada lagi bau petai yang kuat di rumah mereka selama dua minggu. 

Rupa-rupanya, anak perempuan mereka dilihat meletakkan sisa petai yang ada di dalam dispenser penapis air rumah mereka.

"Nak marah benda dah jadi, geleng kepala jelah" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.5M tontonan, 27K tanda suka dan 100 komen di TikTok, rata-rata netizen turut tehibur dengan gelagat anak perempuan mereka. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Patutlah bau satu rumah, adui lawaklah dik! :'D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: