"Berlagak Gengster" - Pemuda Gagal Potong Queue Semasa Di Jalan Raya Cetus Bualan Netizen
Bahaya betul jumpa orang macam ni.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap pengguna jalan raya perlu mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan
Hal ini bagi mengelak sebarang kemalangan sekali gus menjaga keselamatan setiap pengguna jalan raya. Oleh sebab itu, kita perlu sentiasa mematuhi peraturan jalan raya seperti tidak melanggar lampu isyarat dan sebagainya.
Namun, tular baru-baru ini di Twitter apabila seorang lelaki memandu dengan selamba di sekitar Setia Alam telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kejar kereta depan selepas gagal potong 'queue' di lampu isyarat
Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah kereta Proton Perdana yang berwarna hitam cuba untuk memotong queue di lampu isyarat.
Sedang asyik dia memandu, kereta itu terpaksa berhenti kerana gagal memasuki lane yang sepatutnya. Rakaman itu sempat dirakam dashcam kereta yang berada di depannya.
Pemandu kereta Perdana itu dilihat berang dan cuba mengejar kereta dihadapannya. Dia dilihat sengaja berhentikan kereta sebaik saja dapat memotong kereta depannya itu. Pemandu itu dilihat turun daripada kereta lalu tunjuk marah dan tidak berpuas hati.
"Kadang-kadang orang macam ni stres hidup atau guna jalan raya untuk tunjuk hebat sebab real life tak semenggah. Kesian" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 109K views, 1K retweets, 1K likes di Twitter, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi. Malah, ramai yang menunjukkan tidak puas hati juga kepada pemandu itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!