"Main Gelongsor" - Video Gajah Comel Turun Dari Timbunan Tanah Raih Lebih 1M Tontonan
"Carrie Junior" - Netizen
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Umum mengetahui, hutan merupakan habitat haiwan dan tumbuh-tumbuhan hidup
Oleh sebab itu, pelbagai binatang dan haiwan yang boleh dijumpai di dalam hutan. Kadangkala, jika pembalakan berlaku, mereka terpaksa mencari tempat untuk berteduh sehinggakan ada yang tiba-tiba akan muncul di jalan raya.
Sama seperi video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seekor gajah didapati struggle untuk merentasi timbunan tanah untuk pulang ke tempat asalnya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Terpaksa rentas jalan dengan gaya yang comel
Menerusi video berkenaan, kelihatan seekor gajah sedang mencari jalannya untuk pulang ke tempat asal di dalam hutan.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila gajah itu dilihat sangat struggle untuk merentas sebuah jalan yang dipenuhi dengan timbuhan tanah. Dia terpaksa merentas dengan gaya tersendiri kerana kakinya yang pendek itu.
Tidak lama kemudian, dia dilihat berjaya merentasi jalan itu lalu berjalan ke arah hutan. Aksinya yang comel itu meraih 1M tontonan daripada netizen. Bukan setakat itu, aksi lucunya itu juga ditonton oleh sekumpulan anjing.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Dah cakap jangan main atas tu, kan susah nak turun, degil" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.6M tontonan, 91K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen terhibur melihat aksi lucu gajah itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!