[VIDEO] Main Hisap 'Botol Susu' Masa Family Day, Pasangan Manja Ini Jadi Perhatian Netizen
Lain macam teknik!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Keluarga yang mengadakan 'family day' ini pasti sudah terbiasa dengan pelbagai permainan yang menarik bukan?
Konsep permainan yang dilakukan seperti sukaneka. Setiap keluarga perlu berlumba untuk menang dalam menyelesaikan setiap cabaran. Selain permainan merebut kerusi, banyak lagi permainan yang luar biasa sebenarnya.
Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila sebuah keluarga bermain game menghisap botol susu telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Gunakan teknik lain daripada lain, gelagat sebuah pasangan nampak sweet
Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga besar sedang melakukan permainan menghisap botol susu yang diisi air sirap.
Syaratnya adalah para suami yang perlu menghabiskan air tersebut. Sedang asyik para suami berlumba untuk menghabiskan air, sebuah pasangan di belakang menarik perhatian ramai kerana gelagat mereka yang dilihat sangat romantis.
Suaminya itu dilihat terbaring sambil menikmati air sirap berbeza dengan lelaki lain yang hanya duduk itu. Kejadian itu melucukan dan mengundang tawa ramai.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Pergh yang belakang tu, manja kali dia"- Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.5M tontonan, 104K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen terhibur. Malah, ramai yang mengusik pasangan itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Sempat lagi dia nak bermanja ya. Sebenarnya itu teknik dia nak habiskan air cepat! :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!