seismik

"Kena Scam" - Budak Mengadu Jari Tersepit Dekat Celah Pintu, Sekali Kantoi Dengan Ayah

"Boleh jadi ahli sepahtu dik" - Netizen

Cover image via @az_haf (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi ibu bapa yang memiliki anak kecil sudah tentu mereka akan menceriakan suasana di rumah

Biasalah, anak-anak yang berada di fasa ini, mereka ingin mencuba untuk melakukan semua perkara yang memang memerlukan perhatian ibu bapa. Perangai mereka yang panjang akal itu kadang menggeramkan dan melucukan.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang budak lelaki sengaja mengenakan ayahnya dengan mengadu jarinya tersepit telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sengaja letakkan jari dekat celah pintu sampai ayah panik

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki dan keluarganya sedang berada di ruang tamu rumah mereka. 

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila budak lelaki itu sengaja prank ayahnya dengan meletakkan jari di celah pintu seolah-olah terkena sepit. Ayahnya kemudian menjenguk dan kantoi dirinya telah diprank. 

Lihat video sambungan itu di bawah: 

@az_haf

Balas kepada @nadeeamohdnor scam yg tak menjadi mase umur setahun lebih

bunyi asal - ayel_ayin - ayel_ayin

"Kau banyak tengok sepahtu ni dik" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 300K tontonan, 30K tanda suka dan 800 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat budak lelaki itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Pandai betul dia berlakon ya, scam ayah sendiri! :P

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: