seismik

[VIDEO] "Karma Is Real" - Ayah Sakan Kenakan Anak, Sekali Tangan Sendiri Yang Kena Sepit

Padan muka!

Cover image via @ateynteyn__ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Budak kecil sememangnya banyak ragam dan perangai mereka yang 'panjang akal'

Gelagat dan telatah budak kecil yang comel sudah semestinya membuatkan ramai yang geram dan ingin bermain dengan mereka. Kadang-kadang, ibu bapa pula yang sengaja nak kenakan mereka supaya mereka menangis. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang ayah sakan kenakan anaknya sehingga menangis telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Seronok menyakat anak sampai nangis, sekali tangan sendiri kena sepit

Menerusi video berkenaan, kelihatan lelaki itu dan anaknya sedang berada di rumah mereka.

Apa yang membuatkan ramai tertarik adalah apabila si ayah sengaja kenakan anaknya. Ayahnya dilihat meletakkan tangan anaknya di celah kabinet seolah-olah kena sepit padahal kabinet itu tidak ditutup dengan rapat pun.

Perkara itu membuatkan si anak terus menangis sambil ayahnya bertanya "ha sakit, sakit ke?". Namun, si ayah tiba-tiba menjerit "aaa, sakit tangan papa" apabila si anak bertindak mengeluarkan tangannya dan menutup kabinet itu dengan tidak sengaja.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@ateynteyn__

sibuk merangkak bawah kerusi lepas tu sangkut tak pandai keluar. jerit² panggil mama, eh tetiba kata takda apa apa pun #fyp #foryou

original sound - fatinn - fatinn

"Anak be like: sakit ke? Nah rasa sendiri" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 700K tontonan, 85K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua beranak itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Pandai adik balas ya, haa tulah kan siapa suruh buli lagi! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: