seismik

"Suami Dah Jadi Polis Masa Aku Tadika" - Kisah Cinta Pasangan Ini Raih Perbualan Netizen

Jodoh merupakan rahsia Tuhan.

Cover image via @jennypuspita_11 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jodoh dan ajal merupakan rahsia Tuhan yang kita semua tidak ketahui

Dengan siapa kita berkahwin dan bila kita akan berkahwin juga kita tidak tahu. Setiap orang mempunyai takdir hidup masing-masing yang telah Tuhan aturkan. 

Sama juga seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok yang memaparkan kisah percintaan pasangan suami isteri mempunyai jarak umur yang jauh telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Kongsi umur pasangan beza belasan tahun dengan dirinya

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang memuat naik gambar dia dan suaminya pada tahun 2004. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia menunjukkan perbezaan umur semasa memuat naik gambar itu.

"2004 aku masih tadika, 2004 dia udah jadi polisi, 2018 jadi suami isteri", katanya.

Mereka berkenalan pada tahun 2016 dan menikah pada tahun 2018. Dia juga mengharapkan bahawa semua mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka dan tidak bertindak mengecam. 

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Yang sekarang belum dapat jodoh, mungkin jodoh anda masih tadika, sabar yah" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 161K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tahniah! Semoga rumah tangga mereka bahagia sehingga ke jannah :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: