"Lokasi Dirahsiakan" - Pengantin Buat Photoshoot Di Bangunan Lama Ini Cetus Bualan Netizen
Takut!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Buat pasangan pengantin yang baru bernikah, sudah pasti akan membuat penggambaran untuk dijadikan kenangan bukan?
Memang ramai yang sukakan penggambaran outdoor kerana gambar itu kelihatan lebih indah pemandangannya. Pelbagai tempat menarik yang boleh dijadikan untuk photoshoot, antaranya bangunan moden, tasik dan lain-lain lagi.
Namun, tular baru-baru ini di TikTok apabila pasangan pengantin membuat penggambaran di sebuah bangunan lama telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Beranikan diri ambil gambar di depan bangunan lama
Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan pengantin sedang mencari tempat dan bersedia untuk posing semasa wedding photoshoot mereka.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah mereka memilih untuk mengambil gambar di sebuah bangunan lama daripada bangunan cantik yang lain. Mereka mengganggap bangunan itu unik dan hasilnya memang sangat menakjubkan.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Pergi tempat macam ni sat gi dalam gambaq ada pasangan baru" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 466K tontonan, 34K tanda suka dan 513 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen: