"Ikut Giliran Dik" - Budak Perempuan Menangis Minta Kahwin Bikin Netizen Pecah Perut
Hm, sabar ya dik.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Memiliki anak kecil pasti akan menjadikan suasana rumah lebih riuh dan meriah
Iyalah, anak-anak kecil banyak gelagatnya yang mencuit hati dan membuatkan orang geram. Kadangkala, mereka akan membuat aksi atau melontarkan perkataan yang lucu dan kelakar.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang budak perempuan menangis kerana meminta 'sesuatu' telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tarik baju mak sambil menangis minta kahwin
Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga sedang bersiap-siap untuk menuju ke suatu tempat yang tidak dikenali.
Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila seorang budak perempuan dilihat menarik baju ibunya sambil menangis untuk meminta kahwin. Situasi itu membuatkan semua tergelak. Kemudian, dia didukung dan dipujuk ayahnya.
"Sabar dik, ikut giliran. Akak dah berkurun beratur nak kahwin ni" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 272K tontonan, 23K tanda suka dan 600 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat si kecil itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: