seismik

"Bahagia Tak Ingat Dunia " - Anak Cucu Bagi Tok Ayah Main Gelongsor Air Ini Raih Perhatian

Senyum sampai ke telinga!

Cover image via @syazz_08 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ingat tak masa kita kecil-kecil zaman dulu, kita akan jadi sangat seronok apabila ibu ayah mengajak ke taman permainan?

Sekarang, kita tidak perlu untuk pergi ke taman permainan kerana adanya pelbagai gelongsor buatan yang boleh dipasang di rumah. Ramai yang dilihat menyewa gelongsor air untuk dijadikan hiburan di rumah. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang atuk dilihat berseronok dan gembira bermain gelongsor air telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Anak dan cucu kasi 'chance' untuk tok ayah main

Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga menyewa gelongsor air untuk bermain di depan halaman rumah. 

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila anak-anak dan cucu dilihat memberi peluang kepada tok ayah mereka untuk bermain. Tok ayah juga dilihat seronok memanjat gelongsor dan bermain air. Bukan setakat itu, dia juga cuba meluncur gelongsor itu. 

Lihat video sambungan itu di bawah: 

@syazz_08

Balas kepada @along_bss_motor PART - 2 Tok ayah dok perati ja dulu

original sound - เพนเพนเดก - เพนเพนเดก

"Tak rasa kelakar cuma rasa terharu tengok senyuman atok" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.2M tontonan, 99K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat tok ayah itu yang sangat comel. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Comel betul tengok tok ayah tu. Seronok tengok family happening ni! <3

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: