seismik

"Terus Berhenti Menangis" - Ramai Kagum Dengan Cara Ibu Diamkan Bayi Guna Hair Dryer

Magic!

Cover image via @miamiftahf (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sudah menjadi lumrah setiap bayi yang baru lahir akan menangis sepanjang masa

Setiap ibu juga mencari pelbagai cara untuk menenangkan bayi itu supaya berhenti menangis. Ada yang mahu didukung, ada yang mahu diletak dalam buaian dan macam-macam lagi. 

Namun, tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang ibu cuba menggunakan pengering rambut untuk diamkan bayinya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Terus berhenti menangis bila dengar bunyi pengering rambut

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang bayi sedang menangis sambil dibaringkan di atas tilam biliknya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila ibunya menggunakan pengering rambut untuk mendiamkan bayinya itu. Sebaik saja ibunya memasang pengering rambut itu, bayinya terus terdiam dan berhenti menangis terdengar bunyi daripada pengering rambut.

Ada juga netizen yang mengatakan kemungkinan bayi selesa dengan bunyi tersebut kerana bunyi itu seakan-akan bunyi dalam perut ibu.

"Dlm perut mmng ada bunyi mcmtu.. sbbtu baby suka bunyi vacuum/hairdryer/Mesin mcmmni. saya dulu pasang bunyi whitenoise,download kt youtube."

Lihat video sambungan itu di bawah: 

"Yes, bunyi dalam perut atau rahim memang sangat bising. Tak percaya letak telinga kat perut sesiapa" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 700K tontonan, 73K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut kagum dengan info yang dikongsikan oleh para ibu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Ajaib betul kan? Terus senyap baby tu tak menangis dah! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: