Gelagat Budak Nak Menang Lawan Game 'Free Fire' Masa Berkhatan Ini Buat Ramai Terhibur
Ingat baca Al-Fatihah sebab nak hilang sakit, rupa-rupanya...
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap budak lelaki yang beragama Islam sudah tentu perlu melalui detik-detik mendebarkan semasa berkhatan
Perkara itu telah diwajibkan dan seelok-eloknya mereka disunat semasa kecil lagi. Tidak dinafikan, pengalaman sunat pasti susah untuk dilupakan kerana mereka terpaksa berdepan dengan kesakitan. Ada yang menangis, menjerit dan pelbagai lagi ragam budak semasa nak berkhatan.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang budak lelaki dilihat sempat meminta phone dan main game semasa berkhatan telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tidak putus berzikir dan baca surah Al-Fatihah semasa berkhatan
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki sedang baring untuk menjalankan sesi khatan di rumah.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila budak itu tidak putus berzikir kerana ketakutan. Lebih melucukan lagi, dia meminta phone dan sempat main game itu membuatkan semua tergelak.
"Allahuakbar, allahuakbar, allahuakbar, jom kita main Free Fire!", katanya.
Bukan setakat itu, dia sempat membaca surah Al-Fatihah untuk hilangkan rasa takut. Kemudian, dia juga berkata "Ya Allah, bagilah aku menang" itu memang bikin semua pecah perut.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Ingat baca Al-Fatihah untuk kurang rasa sakit, rupanya baca sebab nak menang" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3M tontonan, 582K tanda suka dan 19K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: