seismik

[VIDEO] "Ingat Berhantu" - Pintu Mall Buka & Tutup Sendiri Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Tengok video sampai habis!

Cover image via @fiesha_honda (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baru-baru ini, sebuah pusat beli-belah yang dikenali sebagai Lalaport telah membuka tirainya

Shopping mall yang terletak di tengah-tengah bandar itu menadapat kunjungan ramai orang kerana keunikannya. Namun, tahukah anda sebelum terbinanya Lalaport, ia merupakan Penjara Pudu. 

Tular sebuah video di TikTok apabila salah seorang pengujung berkongsi kisah seram tentang sebuah pintu dibuka dan ditutup secara tersendiri telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Pintu berat auto buka dan tutup buat ramai tertanya-tanya

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pengunjung sedang merakam kejadian pelik yang berlaku di Lalaport. 

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila pintu berat yang bukan automatik itu terbuka dan tutup secara tersendiri. 

Namun, timbul perdebatan dalam kalangan netizen di Twitter yang menyatakan perkara itu bukan sesuatu yang pelik kerana mungkin cara pemasangan pintu yang salah. 

Lihat posting itu di bawah:

"Hantu be like: Nyahh, rumah baru kita dah siap renovate, jom" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.5M tontonan, 77K tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Haa, pintu dah memang macam tu. Jangan buat conclusion sendiri! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: