"Adat Bugis Zaman Dulu" - Pengantin Main Game Atas Katil Ini Timbul Kekecohan Netizen
Pak cik itu menghalang betul ya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap kaum mempunyai budaya dan adat masing-masing yang unik
Seperti di Malaysia, terdapat pelbagai kaum berbeza yang mempunyai budaya berlainan. Oleh sebab itu, kita perlu saling bertoleransi antara satu sama lain, hal ini kerana setiap kaum mempunyai adat yang berbeza.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila pasangan pengantin ini melakukan permainan adat Bugis timbul telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Saling berlumba siapa berdiri dulu atas katil dia yang menang
Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan pengantin sedang berada di atas katil untuk melakukan amalan adat Bugis.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila mereka perlu berlumba untuk berdiri dulu di atas katil untuk menentukan pemenang.
"Mappasikarawa. Klaw melayu batal wudhuk. Lepas tu kena lumba bediri. Ada pulak adat yg lumba naik ke pelamin lupa namanya. Bugis hadir", tulis netizen.
Lebih melucukan lagi adalah apabila seorang pak cik dilihat duduk di tengah-tengah dan menjadi penghalang penglihatan membuatkan netizen berang.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Edit apa harini, tolong alihkan pak cik tu terima kasih" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 4M tontonan, 146K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi.
Ada yang boleh relate dengan situasi tersebut. Ada juga yang berang kerana pandangan mereka terhalang dengan pak cik itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen lucu daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!