x

seismik

"Genius" - Ramai Teruja Tengok Abang Imigresen Hiburkan Budak Masa Ambil Gambar Passport

Terbaik bang!

Cover image via @nanad_sj (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum mengetahui, kita perlu pergi ke Jabatan Imigresen terdekat jika ingin membuat passport atau memperbaharuinya

Sudah pasti mereka akan menyuruh anda untuk mengambil gambar passport bukan? Perkara itu tidak terkecuali ke atas budak kecil. Oleh itu, mereka juga disuruh mengambil gambar apabila tiba di kaunter. Namun begitu, budak kecil sememangnya tidak boleh duduk diam dan pandang ke arah kamera.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang pegawai imigresen gigih menghiburkan budak kecil semasa mengambil gambar passport itu telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Terpaksa hiburkan budak kecil masa ambil gambar

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita membawa anaknya ke jabatan imigresen untuk membuat passport anaknya.

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila si kecil itu dilihat susah untuk pandang ke arah kamera ketika mengambil gambarnya. Mujur ada pegawai imigresen yang gigih dan baik hati.

Mereka dilihat mengambil mainannya dan goncangkan di depan si kecil itu. Si kecil itu ternyata terhibur lalu menghalakan kepalanya ke arah kamera.

"Memang imigresen dah siap siap dengan toy letak kat kaunter ya, proaktif" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.5M tontonan, 110K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat pegawai itu. Malah, ramai yang memuji mereka. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Terbaik lah bang, salute. Pandai betul abang buat adik tu tengok ke arah kamera! :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: