"Badan Sado" - Baru Umur 3 Tahun, Netizen Terkejut Dengan Lengan Budak Lelaki Yang Berotot
Tak perlu susah-susah pergi gym.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Memiliki anak kecil sudah pasti akan meriuhkan lagi suasana di rumah
Tidak dinafikan, budak-budak kecil sememangnya sangat comel dan telatah mereka menggeramkan. Tambahan lagi, jika mereka mempunyai perangai 'panjang akal', memang akan dijadikan bualan keluarga dan rakan-rakan.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila budak kecil berusia 3 tahun memilki badan yang sado telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Miliki badan sado dan berotot di bahagian lengan
Menerusi video berkenaan, kelihatan aksi seorang budak kecil sedang dirakam oleh keluarganya di halaman rumah.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila budak lelaki itu memiliki badan yang sado. Dia dilihat mempunyai otot di bahagian lengan seperti orang yang pergi ke gym. Ototnya nampak lebih jelas apabila dia mengangkat tangan.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Mungkin masa mak dia mengandung bukan minum susu, tapi minum suplemen buat orang gym" - Netizen
Susulan tularnya video yang kini meraih sehingga 28M tontonan, 1.9M tanda suka dan 21K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terpegun melihat si cilik itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!