seismik

"Realiti Suri Rumah" - Wanita Luah Tak Mudah Bila Anak Saling Berbalah Ini Jadi Perhatian

Ada juga yang memperkecilkan orang jadi suri rumah ni ya.

Cover image via @june_erniey (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Tanggungjawab suri rumah sememangnya berat dan tidak mudah

Ramai yang sering memperkecilkan tugas sebagai suri rumah. Mereka sering menganggap bahawa suri rumah mempunyai kerja yang mudah dan senang. Namun, hakikatnya suri rumahlah yang paling multitask.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita meluahkan perasaan apabila anaknya bergaduh antara satu sama lain telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@june_erniey

housewife yg selalu kena hadap bila anak dah ramai... iolls 2 org anak ppuan tp berjiwa fighters! ibu jgk sbgai hakim! #fyp

original sound - June Erniey - June Erniey

Cerita pengalaman sebagai suri rumah nak handle anak yang bergaduh

Menerusi video berkenaan, kelihatan dua orang adik beradik sedang bergaduh di ruang tamu.

Situasi itu kelihatan sangat tegang apabila adiknya mula menyepak kaki ke arah sofa yang diduduki kakaknya. 

Menurut ibunya, situasi itu perlu ditenangkan dengan menegur kakaknya dulu. Video kedua memaparkan kedua-dua adik beradik sudah berbaik dan berpelukan. 

Lihat video sambungan itu di bawah: 

@june_erniey

Reply to @june_erniey part 2 dorg nie saling syg tau..biasa la gadoh bdk2 kecil,kakak dia syg adik dia sgt #siblingsgoals

original sound - June Erniey - June Erniey
@june_erniey

Reply to @june_erniey nah saya jelaskan apa yg tak clear,ada nak tanya apa2 lg?? nnt rajin2 scroll video lama sy dgn anak2 masa kami happy2 pulak ye

original sound - June Erniey - June Erniey

"Kakak banyak mengalah, yang adik ni selalu keras sikit semoga Allah jadikan mereka anak solehah" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 7.9M tontonan, 465K tanda suka dan 11K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi. 

Ada yang menyalahkan cara ibu, malah ada juga yang memahami perasaan anak sulung dan anak bongsu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Semoga para ibu di luar sana diberikan kesabaran yang tinggi :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: