[VIDEO] Bila Mak Carikan Jodoh, Gadis Ini Segan Habis Pertama Kali Nak Jumpa Encik Tunang
Awkward moment!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Lumrah bagi setiap orang pasti mempunyai pasangan hidup sendiri dan ingin mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati
Namun, bagi geng single mungkin akan selalu diasak dengan soalan daripada keluarga terutamanya para ibu untuk mencari pasangan hidup.
Mungkin zaman sekarang jodoh pilihan mak sudah tidak relevan untuk diguna pakai. Tetapi, bagi sesetengah orang tidak kisah dan menyerahkan bulat-bulat keputusan itu di atas tangan mak atau ayah.
Namun, lain pula yang terjadi di dalam video ini apabila seorang gadis segan mahu berjumpa tunang pilihan ibunya kerana pertama kali bertemu di majlis telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tidak henti tarik tangan mak sebab malu nak duduk atas pelamin seorang diri
Menerusi perkongsian video daripada Mex Gojes dengan kapsyen "tak nak jumpa tunang", kelihatan adik perempuannya itu segan untuk keluar menayang muka di depan keluarga tunangnya.
Dia dilihat berdebar-debar semasa ibunya menarik tangannya keluar dari dapur hingga ke ruang tamu. Malah, dia juga seolah-olah memberikan isyarat supaya ibunya tidak meninggalkannya seorang diri di atas pelamin.
Rupa-rupanya, jejaka yang menjadi tunangnya adalah pilihan ibunya sendiri. Selama ini, mereka tidak pernah berkomunikasi melalui WhatsApp apatah lagi bersua muka.
Image via @mexgojes..........94 (TikTok)
Image via @mexgojes..........94 (TikTok)
"Wah, jarang jumpa situasi macam ni zaman sekarang" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah mencecah 4.1M views, 436.9K likes dan 6.5K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat gadis itu yang menahan malu.
Malah, ramai yang mengatakan mereka akan menangis jika mereka berada di tempat gadis itu. Ada juga yang berpendapat jodoh terbaik adalah pilihan daripada keluarga.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kalau memang belum ada boyfriend, apa salahnya terima jodoh pilihan ibu kan? Mana tahu itu yang terbaik :)
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment