Seronok Sangat Main Telefon Masa Maghrib, Wanita Ini 'Menyakat' Anak Dengan Lipas
Kan dah kena!
Sudah semestinya sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ini semua orang disarankan untuk duduk di rumah
Begitu juga dengan para pelajar sekolah kerana mereka diarahkan untuk mengikuti kelas secara dalam talian saja.
Pastinya banyak masa yang terluang bagi anak-anak sepanjang berada di rumah. Pelbagai gelagat yang muncul semasa musim kuarantin ini.
Sama seperti video yang tular di Instagram baru-baru ini apabila seorang ibu mengenakan anak-anaknya kerana kerap bermain dengan telefon terutamanya apabila tiba waktu Maghrib.
Khusyuk sangat main telefon sampai tak sedar dah masuk waktu Maghrib, ibu geram ambil lipas untuk takutkan
Menerusi video perkongsian tersebut, kelihatan dua orang budak sedang sibuk melayan telefon masing-masing walaupun sudah masuk waktu Maghrib.
Geram melihat situasi itu, si ibu nekad untuk menghentikan perbuatan mereka dengan mengambil lipas yang sudah mati dan mahu campak kepada anak-anaknya.
Apa yang lebih melucukan adalah selepas melihat lipas itu, anak-anaknya terus memanjat gril tingkap kerana ketakutan.
Image via @sinar_my (Instagram)
"Baru dorang tahu, ha main handphone lagi time Maghrib" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan wanita itu yang cuba menyedarkan anak-anaknya untuk tidak terus leka bermain telefon terutamanya pada waktu Maghrib.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 98.7K views, 8K likes dan 150 comments.
Berikut adalah komen-komen menarik daripada netizen di Instagram:
Image via @sinar_my (Instagram)
Image via @sinar_my (Instagram)
Image via @sinar_my (Instagram)
Image via @sinar_my (Instagram)
Image via @sinar_my (Instagram)
Image via @sinar_my (Instagram)
Image via @sinar_my (Instagram)
Degil sangat asyik main phone je kan dah kena :P
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment