[VIDEO] Lelaki Ini Cuba Nak Borak Dengan Mat Salleh Tapi Jawapannya Pula Buat Ramai Dekah
Lain ditanya lain dijawab.
Pasti anda pernah terserempak dengan pelancong asing berkulit putih atau kebiasaannya kita panggil mat salleh bukan?
Jika dulu kita sering nampak mat salleh di sekitar kawasan Kuala Lumpur, tetapi sekarang tidak lagi oleh kerana wabak pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.
Kebanyakan pelancong asing tertarik dengan Malaysia kerana terdapat banyak tarikan yang menarik serta adat pelbagai kaum.
Namun, lain pula denga video yang tular di Twitter ini apabila seorang lelaki bersama seorang mat salleh mencuri tumpuan ramai.
Confident berbual dalam bahasa Inggeris dengan mat salleh tapi respond dia pula yang lain
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang dirakam sedang berada di sebuah kedai kopi.
Dia kemudiannya datang menghampiri seorang mat salleh yang kebetulan sedang duduk di situ. Lalu, dia menyapa mat salleh berkenaan dalam bahasa Inggeris dengan bertanyakan "The view is nice right, where are you from bro?".
Namun, apa yang lebih melucukan adalah jawapan mat salleh berkenaan yang menjawab dia tidak boleh berbahasa Inggeris.
Lihat video penuh itu di bawah:
"Lepas ini dia mesti dapat biasiswa bahasa Inggeris" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur setelah melihat video berkenaan.
Malah, ada yang berpendapat bahawa selepas ini mungkin mat salleh tersebut akan mendapat biasiswa untuk mempelajari bahasa Inggeris.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 670.7K views, 16.8K retweets dan 28.7K likes.
Aduhai, orang tu punyalah confident tanya dalam bahasa Inggeris sekali dia pula tak tahu jawab. Lawak betul!