Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Budak Nigeria Fasih Cakap Kelantan Raih Pujian, Sedih Nak Tinggalkan Malaysia

Seronok dengar dia cakap loghat Kelantan.

Cover image via @goleng120 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Keupayaan menguasai pelbagai loghat di Malaysia sebenarnya dapat memberikan banyak kelebihan kepada kita

Kita dapat berbual dengan orang dari negeri Timur, Utara, Selatan dan Barat dengan seronok dan dalam masa yang sama dapat belajar banyak perkataan baru daripada mereka.

Namun, berbeza pula dengan kisah remaja Nigeria ini yang fasih berbahasa Kelantan setelah dua tahun menetap di sana telah mencuri tumpuan ramai.

Image via @goleng120 (TikTok)

Menerusi video yang dimuat naik oleh @goleng120, kelihatan remaja lelaki bernama Muhammad itu berbual bersama si perakam menceritakan bagaimana dia boleh duduk di Kelantan dan mempelajari loghat negeri tersebut.

Menurutnya, dia mempelajari loghat tersebut daripada rakan-rakannya semasa tinggal di sana. Tambahan pula, dia telah menetap di Malaysia selama dua tahun kerana mengikut bapanya yang bekerja sebagai tenaga pengajar.

Walau bagaimanapun, difahamkan dia sudah pulang ke Nigeria 28 Jun lalu kerana ayahnya mendapat kontrak pekerjaan baru di sana. Dia turut bersedih apabila terpaksa berpisah dengan kawan-kawannya.

Video itu ternyata berjaya menarik perhatian ramai gara-gara kepetahan Muhammad bercakap loghat Kelantan. Rata-rata warganet kagum dengannya yang dilihat tidak kekok apabila ditanya oleh si perakam.

Lihat video di bawah:

Alahai, sebak pula tengok video last tu. Nanti datang Malaysia lagi tau!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment