[VIDEO] Cabul Pelancong Wanita Ketika Selam Skuba, Pembantu Jurulatih Ditahan Polis
Selamba saja cium pelancong China itu.
Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan insiden seorang pelancong dari China semasa mengikuti akitviti selam
Video tersebut memaparkan seorang pelancong China sedang menyelam di pulau Semporna, Sabah dengan pembantu jurulatih skuba.
Namun, apa yang mengejutkan adalah apabila dia tiba-tiba dicium oleh jurulatih itu semasa merakam dirinya menyelam dalam air. Dia sangat terkejut lalu memandang ke arah jurulatihnya.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kini pembantu jurulatih itu telah ditahan polis selepas pelancong membuat laporan
Mangsa yang berusia 25 tahun itu mendakwa dicium oleh seorang pembantu jurulatih selam ketika membantunya melakukan aktiviti selaman di sebuah pulau peranginan. Mangsa juga diganggu dengan pelbagai teks mesej melalui aplikasi WeChat.
Menurut sumber, Pemangku Ketua Polis Daerah Semporna, Asisten Superintenden Arif Abdul Razak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada Sabtu lalu sekitar pukul 10.03 pagi.
“Laporan dibuat ketika mangsa mahu bergerak ke Lapangan Terbang Tawau untuk berlepas ke Kuala Lumpur sebelum balik ke negara asal," katanya.
Image via @MALAYSIAVIRALLL (Twitter)
"Dia orang itu client kau tau, you should have boundaries between you and clients. Bercakap pun kena ada etika apa lagi kau mau kiss lepas itu chat dekat luar ajak benda lain" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 961.5K views, 3K retweets dan 4K likes di Twitter, rata-rata netizen turut mengecam tindakan jurulatih itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Image via @MALAYSIAVIRALLL (Twitter)
Image via @MALAYSIAVIRALLL (Twitter)
Image via @MALAYSIAVIRALLL (Twitter)
Tak profesional betul ya, harap-harap dikenakan tindakan sewajarnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment