seismik

Tawar Servis RM300 Ambil Gambar Wedding Guna AI, Ramai Pertikai Tak Berbaloi Bayar

Gambar dah macam makhluk lain.

Cover image via @Januarhaikal (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kepada pasangan raja sehari, sudah pasti ramai yang akan mengupah jurugambar untuk mengambil gambar kahwin sebagai memori

Iyalah, gambar itu dijadikan sebagai kenangan untuk kita mengimbau kembali pada masa hadapan. Semestinya, pasangan pengantin juga telah bersiap cantik dan segak untuk mengambil gambar di majlis persandingan atau outdoor. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah posting yang memaparkan jurugambar memudahkan urusan penggambaran dengan menggunakan AI telah mencuri tumpuan. 

Lihat posting penuh itu di bawah: 

Edit gambar guna AI, sekali lain pula hasilnya

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang jurugambar sedang memuat naik gambar perkahwinan yang disunting menggunakan teknologi AI.

Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah apabila hasil gambar yang disunting itu agak lain dan tidak serupa dengan rupa sebenar pengantin.

Tambahnya lagi, pasangan pengantin hanya perlu berikan gambar passport, jenis baju, warna dan tema untuk dapatkan gambar sebegini. Kos penyuntingan gambar tersebut berharga RM300. 

"Bunian ke ni, dengan backgroundnya macam itu" - Netizen

Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 389K views, 1K retweets dan 2K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Sedih betul tengok gambar, terus tak ada mood!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: