seismik

Terkejut Sampai Tanah Perkuburan, Individu Kongsi Kisah Seram Dengan Penumpang Misteri

Siap ada duit tu.

Cover image via @MALAYSIAVIRALLL (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, ramai yang mengambil inisiatif untuk menjadi driver e-hailing untuk menjana side income

Mereka kadangkala bekerja sehingga lewat malam untuk mencari penumpang. Namun, baru-baru ini seorang individu telah berdepan dengan kisah seram telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat posting penuh itu di bawah: 

Penumpang berbaju kurung dan wangi, driver tak sangka destinasi akhir sampai ke tanah perkuburan

Menerusi posting berkenaan, kelihatan seorang individu telah berkongsi dua keping gambar yang dimuat naik ke laman Twitter.

Apa yang lebih menyeramkan adalah apabila dia berdepan dengan situasi seram yang tidak dijangka. Pada awalnya, dia mengambil penumpang yang berbaju kurung dan berbau wangi.  Dia juga tidak menyangka destinasi yang ingin dituju adalah tanah perkuburan.

Setelah menurunkan penumpang itu, dia mendapati beberapa duit kertas berada di kerusi kereta bahagian belakang.

"Hantu pun tinggalkan duit, member tumpang tinggalkan sampah atau pasir je" - Netizen

Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 1.3M views, 5K retweets dan 13K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. Ada juga yang tidak percaya dengan kisah seram itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Meremang bulu roma, takut!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: