[VIDEO] Pernah Jadi Anak Murid Masa Form 3, Pelajar Ini Kini Jadi Suami Kepada Cikgu BM
Cinta tak mengenal usia.
Jodoh, ajal dan maut merupakan rahsia Tuhan yang terbesar. Sesiapa pun tidak dapat tahu dengan siapa kita berjodoh.
Kadangkala, ada yang sehingga tertanya-tanya bilalah mereka akan jumpa pasangan hidup bukan? Apa-apa pun kita kena sabar dan yakin dengan takdir.
Sama juga dengan video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang lelaki telah berkahwin dengan cikgu Bahasa Melayunya sewaktu Tingkatan 3 telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sekarang belajar erti kehidupan sama-sama
Menerusi video berkenaan, kelihatan gambar menunjukkan sekumpulan pelajar sekelas dengan guru Bahasa Melayu mereka sewaktu Tingkatan 3.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah video klip yang menunjukkan pasangan itu bersalaman pada pagi raya membuatkan ramai rasa hiba. Pasangan itu yang mempunyai jarak umur 20 tahun akhirnya bertemu jodoh sebagai suami isteri.
"Tak apa aku tunggu jelah jodoh aku mungkin sekolah rendah lagi or tengah SPM ke" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 690K tontonan, 49K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut menyakat pasangan itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!