[VIDEO] 'Coronavirus' Muncul Dalam Buku Teks Bab Pertama, Reaksi Pelajar Ini Curi Tumpuan
Siap sedia buat semua generasi baru.
Umum sedia maklum, mengenai penularan wabak Coronavirus atau lebih dikenali sebagai Covid-19 yang sedang berlaku secara global pada hari ini
Kesan daripada wabak ini semememangnya memberikan impak yang sangat besar kepada ekonomi negara seperti perniagaan terpaksa ditutup, kedai tidak boleh beroperasi dan sebagainya.
Malaysia juga tidak lari daripada pandemik ini. Disebabkan itu kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memutuskan rantaian ini.
Seperti video yang tular di laman TikTok baru-baru ini apabila seorang pelajar menunjukkan bab pertama di dalam buku teks tersebut adalah mengenai Covid-19.
Image via Lab Manager
Awal-awal lagi Covid-19 dah muncul dalam bab pertama buku teks sains tingkatan 5
Menerusi video tersebut, seorang pelajar telah berkongsi isi kandungan dalam buku teks tingkatan 5 yang dimilikinya.
Kelihatan buku teks itu adalah generasi pertama untuk pelajar tahun 2021 yang pada bab awal lagi telah menceritakan tentang Covid-19.
Dia menyedari perkara tersebut selepas membalut buku sains edisi baru itu dan amat terkejut apabila melihat isi kandungan di dalamnya.
"Sila terangkan apakah perbezaan antara pkp, pkpp dan pkpd (10 markah)" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut terkejut melihat isi kandungan pertama di dalam buku teks tersebut.
Malah, ada yang tidak sabar mahukan buku teks sebenar daripada buku teks yang kini yang diperolehi secara digital saja.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 407.1K views, 56K likes dan 1077 comments.
Berikut adalah antara komen-komen menarik warganet di TikTok:
Image via @nanajikookk (TikTok)
Image via @nanajikookk (TikTok)
Image via @nanajikookk (TikTok)
Image via @nanajikookk (TikTok)
Image via @nanajikookk (TikTok)
Image via @nanajikookk (TikTok)
Image via @nanajikookk (TikTok)
Sabar ya adik-adik semua. Ini merupakan sejarah dalam dunia yang tak akan dapat dilupakan.
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment