Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Diiktiraf Sebagai Taman Terkecil Di Dunia, Binaan Ini Raih Perhatian Ramai

Difahamkan, taman tersebut terletak di bandar Nagaizumi, Shizuoka, Jepun.

Cover image via GWR

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bila sebut pasal taman, pasti anda akan terbayang sebuah lokasi yang luas, padang rumput dan pokok-pokok yang melindungi orang ramai dari terkena cahaya matahari

Tetapi, bagi sebuah "taman" di Jepun ini, semua perkara itu tak akan dapat dilihat langsung di situ tetapi yang ada hanyalah setompok potongan rumput.

Taman tersebut telah diiktiraf sebagai taman terkecil di dunia oleh Guinnes World Records (GWR) terletak di bandar Nagaizumi, Shizuoka, sebuah daerah yang hanya satu jam sahaja dari Tokyo.

Menurut GWR, taman itu hanya mempunyai keluasan sebanyak 0.24m persegi bersamaan dengan dua helai kertas bersaiz A3.

Taman terkecil di dunia tersebut mempunyai fitur seperti batu yang menandakan pintu masuk, sebuah tempat duduk yang kecil, dan sedikit rumput.

Image via GWR

Taman tersebut telah dibina sejak tahun 1988 bagi menggunakan ruang di bahu jalan yang tidak digunakan

Menurut ketua di bahagian pengurusan pembinaan Bandar Nagaizumi, Shuji Koyama memberitahu taman itu dibina dengan tujuan menggunakan ruang yang ada pada bahu jalan itu.

"Dulu, ada seorang kakitangan pergi bercuti ke Amerika Syarikat, mereka menemui pemegang rekod untuk taman terkecil sebelum ini (Mill Ends Park di Portland, Oregon). Jadi mereka mahu mencipta taman yang lebih kecil," katanya.

Sejak dibina, penduduk tempatan secara tidak rasmi memanggil taman itu sebagai taman terkecil di dunia. Taman itu sering digunakan oleh mereka sebagai tempat berehat, serta sentiasa menjadi tumpuan pelancong mengambil gambar.

Namun begitu, bandar itu mahukan ia secara rasmi diiktiraf sebagai taman terkecil di dunia. Untuk itu, mereka telah membawa juruukur profesional mengukur kawasan taman berkenaan dengan tepat dan mengumpulkan maklumat tambahan seperti yang diperlukan oleh garis panduan GWR.

Dari kiri: Kazunori Shimoyama (Speaker Dewan Perbandaran Nagaizumi), Osamu Ikeda (Datuk Bandar Nagaizumi), Fumika Fujibuchi (Wakil Rasmi GWR), dan Shuji Koyama (Ketua Bahagian Pengurusan Pembinaan Bandar Nagaizumi)

Image via GWR

Lihat video taman tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment