Kontroversi Matt Healy Bercumbu Di Atas Pentas, Mahkamah Memutuskan The 1975 Tak Bersalah
Vokalis kumpulan The 1975 itu telah bercumbu dengan bassist, Ross MacDonald di Good Vibes Festival di Sepang pada Julai 2023.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Mahkamah di London telah memutuskan kumpulan The 1975 tidak bertanggungjawab terhadap kerugian dialami Good Vibes Festival yang terpaksa dibatalkan pada Julai 2023
Kontroversi tercetus apabila vokalis kumpulan terbabit, Matt Healy bercumbu di atas pentas dengan pemain bass, Ross MacDonald ketika konsert sedang berjalan.
Menerusi laporan Harian Metro, Hakim, William Hansen menggugurkan dakwaan terhadap anggota kumpulan berkenaan dan menyatakan tindakan mereka cuma buruk di sisi undang-undang dan tiada alasan kukuh untuk meneruskan kes perbicaraan itu.
Hansen turut membenarkan fail saman dibuat terhadap penganjur, Future Sound Asia (FSA) dan memerintah syarikat itu membayar kos guaman berjumlah RM557,224.
Sebelum ini, FSA menuntut ganti rugi sebanyak RM10.5 dan bertindak menyaman kumpulan itu di atas kesalahan melanggar kontrak.
Peguam The 1975, Edmund Cullen bertegas saman perlu ditujukan kepada syarikat penaung dan bukannya kumpulan itu sendiri
Cullen menyifatkan dakwaan itu satu percubaan tidak sah, palsu dan tidak menyeluruh untuk menyabitkan kumpulan itu sedangkan urusan kontrak FSA dibuat dengan syarikatnya.
Dalam pada itu, peguam FSA, Andrew Burns berkata, pihak berkuasa pada awalnya melarang kumpulan itu meneruskan persembahan kerana bimbang dengan keadaan Healy yang masih dalam proses pemulihan daripada ketagihan dadah.
Bagaimanapun, penampilan mereka kemudian diluluskan selepas The 1975 berjanji mematuhi garisan panduan dan peraturan ditetapkan.
Insiden cumbuan Healy dan MacDonald itu menerima kecaman hebat di Malaysia termasuklah dari komuniti LGBTQ+ yang mendakwa mereka membahayakan perjuangan komuniti berkenaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!