Creator Idol 2025 TikTok Shop Pupuk 150 Bintang Pencipta Affiliate Masa Depan Malaysia
Inisiatif ini dirangka bagi mencorak masa depan perdagangan berasaskan kandungan, menawarkan peluang eksklusif untuk berguru dengan mentor-mentor terkemuka.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menerusi program Creator Idol 2025, 150 content creator TikTok Shop berpeluang mempelajari kepakaran daripada mentor yang terdiri daripada beberapa pencipta kandungan terkemuka di Malaysia
Program tersebut bermula dengan Hari Mentor-Menti Creator Idol 2025, di mana kesemua 150 menti berpeluang bersemuka dengan mentor mereka.
Barisan mentor membuka sesi perbincangan dengan berkongsi tentang kejayaan, cabaran, dan strategi yang membantu mengubah kandungan mereka ke arah perdagangan.
Kemudian, para menti mendapat peluang menyertai satu sesi bimbingan meja bulat di mana mereka berpeluang bertanya soalan untuk mendalami perbincangan serta mendapatkan panduan secara langsung.
Kumpulan menti telah dipilih berdasarkan kualiti kandungan serta kesungguhan mereka untuk mempelajari ekosistem affiliate di TikTok Shop, membuktikan bahawa kejayaan bukan sekadar tentang angka, tetapi juga berkaitan dengan minat dan strategi.
Lima mentor terkemuka bakal membimbing para menti di dalam program ini
Lima nama mentor bagi program Creator Idol 2025 ini ialah Khairul Aming, Eira Syazira, Pinn Yang, Dear Carynn, dan Puspa Gomen.
Kesemua mentor ini datang dari pelbagai latar belakang seperti pencipta kandungan, usahawan dan artis yang telah berjaya menerapkan konsep Shoppertainment dalam ruang e-dagang, bukan sahaja mahir menghasilkan kandungan yang menarik malah berjaya mengurus perniagaan yang dilihat semakin berkembang pesat.
"Mencipta kandungan adalah satu perkara, namun mengubahnya menjadi perniagaan yang lestari? Itu adalah cabaran yang berbeza sama sekali. Menerusi ‘Creator Idol 2025’, kami menyediakan menti dengan alat, strategi, dan pengetahuan di sebalik tabir yang diperlukan mereka, bukan hanya untuk dikenali tetapi untuk membina sesuatu yang berkekalan," kata Khairul Aming.
Setiap mentor dipadankan dengan 30 menti dan perlu membimbing mereka dari segi strategi kandungan, pemasaran affilite dan taktik pertumbuhan, juga segala aspek penting bagi memajukan perjalanan mereka sebagai pencipta kandungan dalam kategori e-dagang utama, termasuk Makanan & Minuman, Kecantikan, Kesihatan & Penjagaan Diri, Fesyen, Elektronik, dan Gaya Hidup.
Sepanjang program ini, menti bukan sahaja belajar daripada mentor mereka, tetapi juga antara satu sama lain, serta berkongsi pendapat dan pengalaman yang membantu mereka berkembang bersama.
Menti bakal mendapat akses eksklusif kepada maklumat terkini, tip dalaman, dan sumber daripada pasukan TikTok Shop
Sepanjang 12 minggu program ini berlangsung, para menti akan mendapat kelebihan-kelebihan tersebut bagi membantu mereka mengikuti trend terkini serta mengasah kemahiran e-dagang mereka.
Menjelang akhir program, menti yang memiliki potensi tertinggi akan berpeluang menyertai lawatan industri e-dagang eksklusif bersama mentor mereka, satu peluang sekali seumur hidup untuk menyelami dunia perdagangan sosial global, belajar daripada pemimpin industri, dan membawa pulang ilmu yang mampu mengubah perniagaan mereka selama-lamanya.
Creator Idol 2025 TikTok Shop bukan sekadar melatih generasi masa depan pencipta affiliate malah ia membawa tujuan mengembangkan ekonomi pencipta kandungan di Malaysia.
Dengan membantu bakat tempatan menjana pendapatan daripada kandungan, membina perniagaan e-dagang yang lestari dan mengubah minat kepada keuntungan, program ini berperanan penting dalam mencorakkan masa depan e-dagang.
Jadi, siapakah bintang TikTok Shop Malaysia yang seterusnya? Ikuti perjalanan mereka dan saksikan siapa yang akan bersinar dengan mengikuti hashtag #TikTokShopCreatorIdol2025!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!