[VIDEO] Traveler Malaysia Di India Cuba 'Street Food' Uncle Viral Yang Dikenali Satu Dunia
Fakhrul Aizat dikenali sebagai 'content creator' yang sering membuat video 'travel' di India.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Siapa saja yang tak pernah nampak wajah pak cik dari India ini bukan? keunikannya dalam menyediakan makanan tradisi dari India, Kachori yang dijual sering mendapat perhatian ramai
Itulah yang ditunjukkan Fakhrul Aizat, seorang traveler dari Malaysia di India berkesempatan mencuba sendiri Kachori jualan lelaki tersebut yang dikenali sebagai Lali Chhangani.
Menerusi video perkongsiannya di X, Fakhrul memberitahu dia sememangnya berharap dapat berjumpa dengan lelaki itu sendiri ketika datang ke gerai berkenaan.
"Seluruh dunia dah kenal dia, and hopefullly dapat jumpa," katanya.
Fakhrul bagi rating tinggi 8.5/10 untuk hidangan Kachori
Tambah Fahkrul, Kachori tersebut sememangnya sedap di mana dia sendiri memberi rating yang tinggi kepada hidangan terbabit.
"Kachori famous abang Lali ni padu! 8.5/10 aku kasi!" tulisnya di X.
Menurutnya, makanan itu dihidangkan bersama roti, kuah dhal dan nasi. Dari segi rasa, dia memberitahu hidangan berkenaan turut mempunyai rasa pedas.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!