seismik

REV Media Group & Remix Umum Kerjasama, Bakal Merevolusi Pemasaran Affiliate Di Malaysia

Melalui kerjasama ini, REV Media Group melancarkan REV Affiliate+ membantu buka aliran pendapatan baru untuk pelanggan.

Cover image via REV Media Group

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

REV Media Group dan Remix kini berkolaborasi membentuk semula landskap pemasaran affiliate di Malaysia

Menggabungkan capaian digital meluas milik REV Media Group dan kepakaran Remix dalam pengurusan program affiliate, kerjasama ini menawarkan peluang luar biasa kepada pelanggan untuk memacu pertumbuhan, engagement dan hasil jualan melalui saluran pemasaran yang berpotensi besar ini.

Pemasaran affiliate adalah industri yang bernilai lebih AS$20 bilion setakat tahun 2024 dan ia masih menjadi salah satu strategi paling efektif. Namun demikian, kaedah pemasaran ini masih lagi kurang dimanfaatkan oleh pelanggan yang ingin mencuba strategi pemasaran yang mampan.

Kolaborasi ini bertujuan mengubah keadaan dengan menawarkan pelanggan di Malaysia penyelesaian pemasaran affiliate yang merangkumi pelaksanaan, pengambilan ahli affiliate, penjejakan prestasi dan pertumbuhan, semuanya dalam satu pakej lengkap dipacu oleh REV Media Group dan Remix.

Image via REV Media Group

Membuka Aliran Pendapatan Baru Untuk Pelanggan

Melalui kerjasama ini, REV Media Group melancarkan REV Affiliate+ yang direka untuk membantu pelanggan memaksimumkan capaian mereka melalui pembelian media strategik serta akses kepada rangkaian affiliate yang luas daripada Remix. Penyelesaian ini membolehkan perniagaan memanfaatkan ekosistem penerbit yang kukuh, menarik trafik yang berkualiti tinggi dan meningkatkan kadar jualan.

Dengan REV Affiliate+, pelanggan boleh meningkatkan jangkauan dan keterlihatan mereka, mengoptimumkan pemasaran berdasarkan prestasi serta mencapai pertumbuhan yang boleh diukur melalui platform yang lancar dan berasaskan data.

Sementara itu, Remix pula akan memberi tumpuan kepada pengaktifan dan pengurusan program affiliate bagi memastikan pelanggan mendapat sokongan berterusan daripada rangkaian affiliate. Dari pelaksanaan program hingga strategi komisen dan kaedah pengekalan, Remix akan menyediakan sokongan operasi komprehensif untuk memaksimumkan prestasi.

REV Media Group akan memperkukuh usaha ini dengan menyediakan saluran utama dan titik interaksi audiens termasuk:

● Inventori pengiklanan paparan dan video
● Kandungan yang disasarkan dan pendedahan media sosial
● Sasaran audiens yang strategik khusus untuk kempen pemasaran affiliate

Inisiatif ini melibatkan penerbit terkemuka di bawah REV Media Group seperti SAYS, OhBulan!, Viralcham, New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro dan banyak lagi.


Dari kiri, Chris Wee, René Menezes dan Nicholas Sagau.

Image via REV Media Group

Mendorong Pertumbuhan dan Inovasi Pemasaran Affiliate

REV Media Group dan Remix menetapkan piawaian baru bagi pemasaran affiliate di Malaysia dengan memperkasa pelanggan melalui strategi kolaboratif yang memperkukuh kehadiran jenama mereka, memacu jualan dan mendorong pertumbuhan mampan untuk jangka masa panjang. Kolaborasi ini menggabungkan capaian luar biasa REV Media Group dan kepakaran Remix untuk mencipta kempen pemasaran yang berkesan didorong oleh prestasi.

"Pemasaran affiliate adalah peluang yang sebahagian besarnya belum diterokai kebanyakan pelanggan. Dengan menggabungkan platform media dan keupayaan penyasaran khalayak kami serta kepakaran Remix dalam rangkaian affiliate, kami melengkapkan pelanggan dengan platform untuk mendorong kempen berasaskan prestasi," kata Nicholas Sagau, Ketua Pegawai Operasi REV Media Group.

Chris Wee, Ketua Pegawai Digital REV Media Group menambah, "Kolaborasi ini menunjukkan komitmen kami terhadap inovasi dan hasil yang boleh diukur. Bersama-sama, REV Media Group dan Remix mencipta peluang baru bagi pelanggan untuk mencapai pertumbuhan mampan dalam pasaran digital yang kompetitif,"

René Menezes, Pengarah Eksekutif Remix dan Presiden & Pengasas Involve Asia berkata, "Kolaborasi ini menandakan perubahan besar untuk pelanggan memanfaatkan kekuatan pemasaran affiliate. Dengan capaian REV Media Group yang tiada tandingan dan kepakaran kami dalam pengurusan program affiliate, kami mewujudkan penyelesaian yang memastikan pertumbuhan berterusan dan pulangan yang dimaksimumkan untuk pelanggan kami."

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: